Free shipping for orders over RM150.00
RM35.00
Ahli Alkimia / The Alchemist (Edisi Bahasa Melayu) - Paulo Coelho [Biblio Press]
Price RM35.00
Brand Biblio Press
Size (L x W x H) 20 cm x 13 cm x 3 cm
Availability 6
Quantity
Description
Highlight
  • Judul : Ahli Alkimia / The Alchemist (Edisi Bahasa Melayu)
  • Penulis : Paulo Coelho
  • Terjemahan : Hasri Hassan
  • Penerbit : Biblio Press
  • Mukasurat : 248
  • Genre : Fiction
  • ISBN : 9789671897614
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

Sebuah karya agung dunia yang sudah diterjemahkan dalam 80 bahasa dan kini diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu.

 

Novel Ahli Alkimia, karya Paulo Coelho ini berjaya memikat berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Ceritanya ringkas tetapi penuh dengan kebijaksanaan. Ia mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia bernama Santiago yang telah merantau dari tempat kelahirannya di Sepanyol menuju ke Afrika Utara untuk mencari harta karun yang tertanam dekat kawasan Piramid, Mesir.

 

Di sepanjang pengembaraannya, dia telah bertemu dengan seorang wanita Gipsi yang bijak menilik, seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai seorang raja dan juga seoarang ahli alkimia yang membantu Santiago dalam kembara pencariannya.

 

Namun begitu, tiada siapa tahu apakah sebenarnya harta karun itu dan adakah Santiago berjaya dalam misinya mengatasi halangan demi halangan mengatasi perjalanannya di padang pasir yang luas itu.

 

Apa yang bermula sebagai sebuah pengembaraan seorang anak muda menerokai tempat-tempat eksotik dan pencarian kekayaan dunia telah bertukar menjadi sebuah pengembaraan mencari harta yang hanya boleh didapati dalam dirinya sendiri.

 

Cerita ini membangkitkan semangat, kaya dengan nasihat dan amat manusiawi. Cerita Santiago ini adalah sebuah hakikat pasti bahawa manusia perlu mempercayai mimpi dan sudi mendengar kata hati sendiri.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian