Free shipping for orders over RM150.00
RM18.00
Rahsia-Rahsia Puasa (Edisi Bahasa Melayu) - Imam Al-Ghazali [Biblio Press]
Price RM18.00
Brand Biblio Press
Size (L x W x H) 20 cm x 13 cm x 3 cm
Availability 3
Quantity
Description
Highlight
  • Judul : Rahsia-Rahsia Puasa (Edisi Bahasa Melayu) 
  • Penulis : Imam Al-Ghazali
  • Terjemahan : Muhammad Yusra Hulaimi
  • Penerbit : Biblio Press
  • Mukasurat : 56
  • Genre : Non-Fiction
  • ISBN : 9789671897652
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

Puasa merupakan sebuah shariat yang telah ada bahkan sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w.

 

Ia merupakan salah satu shariat yang diteruskan ke dalam agama Islam, sesuai dengan peranan agama ini sebagai penyungguh agama-agama terdahulu dalam hal yang benar (muṣaddiqan limā maʿakum)

 

(Surah al-Baqarah 2: 41).

 

Namun, Islam tidak hanya datang sebagai penerus shariat terdahulu, malah memperkayakannya lagi. Jika shariat para Nabi terdahulu terutamanya nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Nabi Ishaq lebih menekankan aspek amalannya, dan shariat Nabi Isa pula lebih mementingkan aspek keruhaniannya, maka shariat Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengimbang antara kedua-duanya.

 

Intisari aspek luaran dan dalaman yang terdapat dalam shariat Islam inilah yang dibahaskan oleh Ḥujjat al-Islām Abū Ḥāmid al-Ghazālī (wafat 1111 Masihi).

 

Dalam Kitāb Asrār al-Ṣawm ini, beliau membahaskan aspek-aspek dalaman amalan puasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha menghampirkan diri kepada Allah (muqārabatiLlāh). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek taṣawwuf bagi amalan puasa.

 

Puasa adalah sebuah ibadah yang mengandungi pelbagai hikmah dan keistimewaan tersendiri. Ia membolehkan seseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, semoga pembaca memperoleh intipati faedah berpuasa dan menyungguhkan hakikatnya sebagai penyucian diri.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian