Free shipping for orders over RM150.00
RM35.00
Lead Like Muhammad - Ainon Mohd [PTS]
Price RM35.00
Brand PTS Publishing House
Size (L x W x H) 20 cm x 13 cm x 3 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight
  • Judul : Lead Like Muhammad
  • Penulis : Ainon Mohd
  • Penerbit : PTS
  • Mukasurat : 400
  • Genre : Non-Fiction
  • ISBN : 9789673695713
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja. Banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam.

 

Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.

 

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:

 

KATEGORI 1

 

Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam.

 

Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.

 

Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini.

 

Buku-buku itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.

 

KATEGORI 2

 

Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah.

 

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual.

 

Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali.

 

Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif.

 

Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan gaya Nabi yang bersifat universal.

 

Ada 3 Bahagian Huraian Yang Dikupas Bagi Setiap Bab.

 

Isu Semasa - Menerangkan isu semasa mengenai kepimpinan yang berlaku dalam organisasi.

 

Hadith Pilihan - Menghurai hadith yang berkaitan yang menyelesaikan masalah isu semasa yang berlaku.

 

Aplikasi & SOP - Menerangkan cara aplikasi hadith & SOP yang bersesuaian dengan keadaan sekarang.

 

Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan bagi pengurusan organisasi.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian