Free shipping for orders over RM150.00
RM50.00
Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia : Khayalan Atau Realiti? - Mohamed Azam [Ilham Books]
Price RM50.00
Brand Ilham Books
Size (L x W x H) 13 cm x 20 cm x 3 cm
Availability 2
Quantity
Description
Highlight
  • Judul : Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia : Khayalan Atau Realiti?
  • Penulis : Muhaimin Sulam
  • Penerbit : Mohamed Azam Mohamed Adil
  • Mukasurat : 300
  • Genre : Non-Fiction
  • ISBN : 9789672007180
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

Buku ini membahaskan isu, masalah, cabaran dan realiti pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perlaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh tetapi mengikut kerangka Perlembagaan bukanlah satu khayalan. Ia memerlukan perancangan rapi dengan merujuk kepada kehendak Maqasid Al-Shariah, fiqh keutamaan serta tuntutan Siyasah Syariyyah, jauh sekali laungan retorik. Undang-undang Islam yang pernah menjadi undang-undang utama negara suatu masa dahulu perlu kepada pembaharuan supaya ia sesuai dengan tuntutan zaman. Transformasi undang-undang Islam serta peningkatan taraf Mahkamah Syariah supaya ia setaraf dengan undang-undang sivil dan Mahkamah Sivil hendaklah menjadi agenda penting bagi melihat undang-undang Islam yang menyeluruh dapat direalisasikan. Sama dengan Mahkamah Sivil, kewujudan Mahkamah Syariah adalah untuk memberi keadilan kepada pihak yang terlibat. Meskipun begitu, konflik dan pertembungan antara kedua-dua undang-undang sivil dan Syarak dapat dielakkan dengan mengharmonisasikan kedua-dua undang-undang tersebut. Realitinya, undang-undang Islam boleh dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia dengan syarat semua orang Islam mesti mendokong usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Perancangan yang teliti dan rapi dengan mengambilkira kedudukan masyarakat, kerangka Perlembagaan dan hukum Syarak dalam usaha menggubal undang-undang Islam di Malaysia.

 

TAN SRI SYEIKH GHAZALI ABDUL RAHMAN

 

Penasihat, Bahagian Syariah, Jabatan Peguam Negara

 

PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL kini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah Undang-undang Perlembagaan, Konflik Undang-undang Syariah-Sivil, Hak-Asasi Manusia, Undang-undang Jenayah Islam dan Undang-undang Transaksi Islam (Muamalah). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) dari Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang (LLM) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian