Free shipping for orders over RM150.00
RM25.00
Israiliyyat, Hadith Mawdu & Fitnah Sirah di Alam Melayu - Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi [PTS]
Price RM25.00
Brand PTS Publishing House
Size (L x W x H) 23 cm x 15 cm x 3 cm
Availability 5
Quantity
Description
Highlight
  • Judul : Israiliyyat, Hadith Mawdu & Fitnah Sirah di Alam Melayu
  • Penulis : Ahmad Zahiruddin Mohd Zabid
  • Penerbit : PTS
  • Mukasurat : 296
  • ISBN : 9789674813536
  • Origin : Malaysia
  • Genre : Non Fiction
  • Saiz : 23cm(L) x 16cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

Ibarat sebatang sungai yang sudah mengalir selama 1400 tahun lebih, bermula dari hulunya yang suci bersih-bebas dari segala kekotoran, tetapi apabila semakin sampai ke hujung muara segala sampah-sarap sepanjang sungai dibawa bersama ke muara yang kini kita sedang berada di sana.

 

Begitu juga Islam, dari awal zaman terbaik yang terjaga ketulenan dan kesuciannya, namun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. pencemaran, keracunan dan kerancuan muncul sama ada dari luar atau dalam Islam sendiri menyebabkan pemahaman dan pelaksanaan Islam sama ada dalam urusan ʿaqīdah, ʿibādah dan muʿāmalah semakin jauh dari sifat tulennya yang suci murni.

 

Naskhah ini menghujahkan - antara punca kerancuan pemikiran beragama orang Islam-Melayu-Nusantara ada pada fakta sejarah awal perkembangan Islam dan tradisi penulisan karya-karya berkaitan Islam di Alam Melayu. Ia bermula daripada metodologi penulisan Sastera Hikayat Berunsur Islam, Sastera Kitab, Sastera Ketatanegaraan dan seumpama dengannya pasca Islam berkembang di Nusantara. Ini adalah kerana penulisan karya-karya tersebut tidak menjadikan disiplin yang sudah digarispandukan oleh para ulama Islam sejurus kewafatan Rasulullah s.a.w. sebagai metodologi penyebaran maklumat berkaitan Islam.

 

Ringkasnya, proses tersebut tidak melalui kerangka dan disiplin ilmu Riwāyah dan Dirāyah. Ini menyebabkan semenjak Islam menapak di Alam Melayu sehingga saat ini, riwayat Isrāīliyyāt, Ḥadīth Mawḍūʿ, dan Fitnah Sīrah yang ditularkan buat sekian lama masih subur malah dianggap Ṣaḥīḥ oleh sebahagian besar umat ini!

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian