Free shipping for orders over RM150.00
RM28.00
Titanic Di Hujung Jari - Aiman Hakim & Moustapha Abbas [The Patriots]
Price RM28.00
Brand The Patriots Publishing
Size (L x W x H) 20 cm x 13 cm x 3 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight
  • Judul : Titanic Di Hujung Jari
  • Penulis : Aiman Hakim & Moustapha Abbas
  • Penerbit : Patriots Publishing
  • Mukasurat : 235
  • Genre : Non-Fiction
  • ISBN : 9789671734469
  • Origin : Malaysia
  • Saiz : 20cm(L) x 13cm(W) x 3cm(H)

SINOPSIS :

 

Titanic. Sebuah tragedi, darah dan air mata. Kapal yang dikatakan takkan tenggelam ini tidak menyangka akan menghadapi saat tragis yang mencatatkan sejarah dunia. Dalam meniti ke arah tragedi, para penumpang bersosial dan bercanda seolah-olah tiada hari esok. Kapal ini menceritakan sosial darjat yang berbeza. Para kelas atasan mengumpulkan sebilangan elitis manakala kelas bawahan menghimpunkan sejumlah pengembara yang ingin mengubah hidup mereka ke dunia baharu yang diidamkan.

 

Tetapi malangnya, tanggal 11.40 malam 14 April 1912, bermula titik hitam yang mengubah segalanya. Di tengah Lautan Atlantik yang membeku, kapal ini seolah-olah bandar kecil yang menanti masa untuk pergi. Sepanjang 2 jam 40 minit itu, peristiwa yang meruntun jiwa bermula daripada perpisahan antara keluarga, pemuzik yang bermain hingga ke akhir di atas dek sehinggalah Kapten yang pasrah di ruang pengemudi kapal dan pereka yang mati bersama kapal agungnya di bilik merokok kelas pertama.

 

Kisah Titanic terkubur bersama kapalnya di dasar Atlantik sehinggalah penemuannya pada1 September 1985 yang menggemparkan dunia dan seterusnya 12 tahun kemudian Titanic sekali lagi di atas takhta apabila James Cameron mengarahkan filem dengan judul yang sama dan mencipta sejarah dalam industri perfileman dunia.

 

Buku ini membawa pembaca menyelusuri detik-detik dari pada terbinanya kapal hinggalah ke 100 tahun sambutan kapal ini. Buku ini bukan membawa pembaca hanya sekadar membaca, tetapi menjadi seolah-olah sebagai saksi kepada salah sebuah tragedi agung itu. Hayatilah dengan air mata.

 

Titanic adalah cinta yang terkubur dalam lautan gelora.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x Buku Tersebut

1 x Buku-buku dibalut dengan Bubble Wrap

1 x Resit Pembelian